Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-Asr: 1-3)

Thursday, March 7, 2013

Bangi Elementary School of Tahfiz (BEST)

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang ini saya terpanggil untuk menulis tentang sekolah anak saya. Melihat kepada feedjit blog ini, agak ramai yang membaca tentang post saya bertajuk Sek Ren Islam As-Sofa (SRIAS) di hatiku.

Benar, pada tahun lepas, saya telah menghantar anak saya di sekolah itu. Ia merupakan sekolah tahfiz di bawah Yayasan Sofa yang terletak di Sungai Merab, Bangi. Tahun ini, anak saya masih di sekolah yang sama. Namun, nama sekolah itu telah ditukar kepada Bangi Elementary School of Tahfiz (BEST) di bawah naungan JAIS. Bukan lagi Yayasan Sofa. Mengapa? Hanya pihak pengurusan sekolah yang akan menjawab persoalan ini. Saya tidak layak untuk itu. Masih mengekalkan slogan yang sama, "Membesar bersama al-Quran", sekolah ini merupakan satu2nya sekolah di Bangi yang menumpukan 100% kepada al-Quran dengan 30 juzuk sebagai matlamatnya.

Bagi pihak saya dan suami, ianya tidak menjadi satu masalah. Iya, apabila melihat SRIAS di bawah naungan Yayasan Sofa dan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki sebagai pengasasnya, tentu sahaja saya teruja. Namun, jodoh sekolah itu bersama Yayasan Sofa tidak lama. Dan melihat kepada perkembangan pengajian Al-Quran anak saya yang tidak terjejas, saya mengambil ia sebagai sesuatu yang positif.

BEST kini tidak lagi bersama Syeikh Fuad. Pengasasnya di kalangan orang-orang biasa yang bukan ustaz mahupun ustazah. Namun, pendirian mereka yang mengutamakan al-Quran dalam diri anak2 menjadi inspirasi saya. Atas sebab itu, BEST harus menerima sokongan daripada saya. InsyaAllah.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang BEST, anda boleh menghubungi Pn Fara di talian 017-3630704 atau Cik Akma 017-9304315.

Semoga Allah memberkati usaha guru2 ini dan sekolah ini. Amin.



No comments:

Post a Comment