Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-Asr: 1-3)

Thursday, October 11, 2012

Habib Syech Abdul Qodir Assegaf




Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mengenali Habib Syech selepas membeli CD ini. Seperti yang saya ceritakan dalam entry sebelum ini, kami sekeluarga sangat menyukai qasidah dan selawat yang dialunkan oleh Habib Syech. Beliau yang lahir di Solo adalah dari keturunan Rasulullah SAW dari keluarga As Sagaf. Tidak hairanlah jika alunan qasidahnya masuk ke dalam jiwa saya hingga mampu membuatkan saya mengalirkan air mata.


Cover CD

Dan pagi ini, radio IKIM mempromosi tentang kehadiran Habib Syech ke KL minggu hadapan sempena 'We love Rasul' tour. Saya sangat teruja mendengarnya. Anak2 saya pasti gembira dapat melihat beliau secara live nanti.


Jom!
Saya mahu mengimarahkannya. Saya mahu berselawat bersama anak2 saya dengan penuh bersemangat di sana nanti. Biarlah KLCC bergegar dengan alunan qasidah dan selawat ke atas Nabi SAW. Di saat 'mereka2 yang kafir' itu menghina dan memperlekehkan Pesuruh Allah, ayuh kita terus2an memuji Baginda.  Saya sangat berharap Masjid Asy-Syakirin akan penuh malam itu memandangkan lokasinya yang agak strategik! Jom kita pergi jom!

"Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah program 'Malam Cinta Rasul' ini. Permudahkan dan izinkanlah aku dan anak2 serta suami ke sana nanti Ya Allah"

Sebelum itu, pada pagi Sabtu yang sama, saya bercadang untuk ke sini. Ya Allah, permudahkanlah! 

Kata Ustaz Kazim, jom pakat2 gi ngaji! 



No comments:

Post a Comment