Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-Asr: 1-3)

Thursday, June 7, 2012

Ustaz Ebit Lew

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya suka Ustaz Ebit Lew. Pagi tadi saya dengar motivasi pagi di radio IKIM dan Ustaz Ebit Lew menceritakan tentang Rasulullah saw. Bagaimana Rasulullah saw sanggup dihina, dipukul, luka, dan sebagainya supaya kita semua tidak dihina, dipukul di hari akhirat nanti. Bagaimana Rasulullah saw sabar dalam dakwahnya supaya kita semua hari ini kenal Allah dan sujud pada Allah yang satu.



Boleh klik pada LINK ini untuk mendengar motivasi itu. Ia sangat mendidik jiwa!


Terima kasih Ustaz Ebit Lew! 


Antara pesanan Ustaz yang saya ingat:


"Adakah kita akan rasa sedih dan menangis melihat nasib bukan Islam. Kita melihat mereka setiap hari. Di pasaraya, di pejabat. Mereka baik, cantik tapi mereka akan menghuni neraka kerana tiada Iman"


Saya merasai perasaan itu sewaktu di dalam lrt putra. Saya melihat orang bukan Islam dan jiwa saya tersentuh. Mereka semua juga adalah umat Nabi Muhammad SAW seperti saya. Alhamdulillah, Allah letakkan saya dalam keluarga Islam. Allah beri Islam pada saya sejak lahir. Tapi tidak pada mereka. Mereka tak tahu tentang Islam. Mereka tiada iman. Mereka tak kenal Allah. Mereka tak kenal Muhammad SAW. Lalu saya berdoa:


Ya Allah, berikanlah nur dan hidayahMu kepada mereka yang bukan Islam ini. Mereka tidak bersalah. Mereka memerlukan petunjukMu ya Allah. Kasihanilah mereka


Alhamdulillah saya bersyukur Allah mengurniakan kepada saya perasaan itu! Dan Alhamdulillah kerana saya lahir sebagai Islam. Sesungguhnya Islam, Iman dan hidayah merupakan pemberian terbesar Allah yang tidak terhingga kepada saya!


Ustaz Ebit juga berkata :


Seorang kafir itu apabila dia mengucap 2 kalimah syahadah, Allah akan ampunkan semua dosa-dosanya sewaktu kafirnya dan dia menjadi orang  baru yang sangat suci. Kita yang Islam, walaupun kita berdoa memohon keampunan, belum tentu Allah akan ampunkan kita.
  
Maksud tersiratnya ialah : Janganlah kita bangga dengan Islam yang ada pada diri kita. Adakah benar kita ini sudah cukup Islam? Adakah benar kita ini orang Islam? Adakah Islam itu ada dalam diri kita dan tindak tanduk kita? Atau adakah Islam itu hanya pada nama dan i/c kita?


Mari kita muhasabah diri, tegur diri dan perbetulkan diri kita! 

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Disini saya kongsikan ceramah ustaz ebit lew yang terbaik. Semoga semua dapat manfaat dari ceramahnya. Jom share ramai-ramai:

    https://www.youtube.com/watch?v=kh8BKO1dl7U

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka dengar ceramah Ustaz Ebit Lew sejak dr kali pertama mendengarnya. Saya rasa ini kerana Ustaz Ebit ikhlas...

    ReplyDelete