Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (Al-Asr: 1-3)

Sunday, September 25, 2016

Perancangan Allah lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, saya tersentak!
Saya tersedar dari lamunan.

Saya mahu abadikan tulisan Hadrat Ayahanda saya di blog ini. 

Berjuta2 orang nak berdamping dengan wali Allah khasnya di akhir zaman. Nak selamat dari Dajjal. Tapi awak pulak tak faham yang tu. Yang awak faham pasal hafazan al-Quran je. Sedangkan hafazan al-Quran tu boleh je hafal kat Malaysia. Tak payah sampai ke Yemen pun.

Dan berapa orang yang hafal al-Quran tapi tak jalankan hak al-Quran?
Berapa ramai yang jadi tak tentu arah.
Sama macam orang yang sibuk dengan pencapaian akademik.
Dok pikir nak A je.
Perangai dan sahsiah ke laut.
Yang perlu kita kutip dari Yaman ialah benda yang takda kat Malaysia ni.
Lepas tu, awak nak jadikan anak hafiz pun bukan kerana Allah, tapi sebab nak penuhkan impian je.
Sebab tu bila anak ditarbiah wali Allah pun, bila dengar al-Quran kat sana kurang, terus rasa tak best. Sebab impian tak tercapai.

Kalau Nabi masih hidup dan kita amanahkan anak kita pada Nabi, pastu tiba2 anak kita call cakap kat kita yang kat situ Quran kurangla.
So, orang yang cari dunia akan fikir "bawak balikla belajar kat Malaysia lagi bagus daripada belajar dengan nabi. Sebab tak fokus al-Quran"
Orang yang faham agama pulak, dia tak kisah semua tu. Yang penting anaknya in a good hands.

Orang dunia ni nakkan pujian.
Nak semua orang puji anak dia hafiz
Dia nak bangga2
"Waaa, anak dia hafiz siot!"
"Waaa, hafiz tuuuuu"
Nak bagitau semua orang
Sebab tu dia tak peduli siapa pun yang tarbiah anak dia
Yang penting anak dia mesti hafiz
Walaupun orang tu ialah wali
Atau mungkin orang tu Nabi sekalipun, dia tetap tak kisah

Sebab tu saya suruh niat untuk wakafkan anak di jalan Allah
Apa keputusan wali Allah ke atas anak kita, itulah yang terbaik
Kita jangan nak memandai2 konon lagi pandai dari wali Allah
Mereka tau apa mereka buat!
Tajamnya!
Tajam betul kalam guru saya.
Betul. Saya sedikit terkesan apabila mendengar khabar progress al-Quran Naufal di Tarim perlahan. 
Kerana silibusnya seiring dengan kitab. Banyak yang perlu diberi perhatian. Lebih2 lagi soal akhlak dan adab.


Dan itulah "basuhan" yang saya terima.
Saya perlu semak semula niat saya.
Benarkah ia untuk Allah?
Anak2 menghafal al-Quran dan ke sekolah tahfiz, benarkah semua itu untuk Allah?

Allahu...

Moga Allah ampunkan saya.
Kerana saya masih belum 100% menyerahkan anak saya kepadaNya.
Lantaran tidak percaya dengan keputusan Allah terhadap hidup anak saya.
Dan saya pula berlagak Tuhan seolah saya yang lebih tahu lantas menetapkan masa depan anak saya.

Ampuni saya Ya Rabb.

Monday, September 5, 2016

Kembara rohani di Tarim

Bismillahirrahmanirrahim. 

Kesuntukan masa untuk berkongsi tentang Tarim dan gambar2nya. 
Lalu, terhasillah video  pendek ini.
Ia tentang kami di Tarim baru2 ini.



Sunday, September 4, 2016

Peluang UMRAH bersama HABIB ALI

*UMRAH*

   *KEMBARA CINTA RASUL*
    BERSAMA
   *HABIB ALI ABU BAKAR BIN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM*

Khabar gembira buat rakyat Malaysia, Ummat Nabi, Para pencinta Nabi, Para pencinta ulama’ dan Para pencinta sunnah. Kami Menjemput untuk anda bersama kami dalam Umrah Kembara Cinta Rasul ini. Buat pertama kalinya kami menganjurkan Kembara Cinta Rasul ke bumi Haramain bersama Murobbi Ruh Al Allamah Habib Ali Abu Bakar Bin Sheikh Abu Bakar Bin Salim.

*INFO PAKEJ :*
Tarikh berlepas : *28 Nov 2016 (4.30pm – 11.05pm)*
Tarikh balik : *7 Dec 2016 (11.30pm – 1.35pm + 1)*
Harga Pakej Bermula : *RM 7450(quad) RM 7900(triple) RM 8150 (double)*
Hotel Makkah : *Rayana Hotel, Ajyad Musofi (200m)*
Hotel Madinah : *Mubarak Madinah Hotel (50m)*

*APA KEISTIMEWANYA UMRAH BERSAMA KAMI???*
• Perjalanan Kembara Cinta Rasul ini di Pimpin Penuh oleh Habib Ali Abu Bakar bin Syeikh Abu Bakar Bin Salim dan di bantu oleh Al fadhil Ustaz Hj. Hasnul Hakim Bin Hj. Muhammad Zain
• Jemaah Umrah Berpeluang Bertalaqqi kitab bersanad bersama Habib Ali Abu Bakar Bin Syeikh Abu Bakar Bin Salim di dalam sepanjang atucara program ini.
• Berpeluang menziarahi Ulama-Ulama Habaib sekitar Tanah Haram Madinah dan Makkah iaitu seperti Habib Zain Bin Sumaith, Abuya Sayyid Ahmad Bin Muhammad Al Maliki, Habib Umar Al Jailani, Habib Umar Al Jufri dan beberapa Ulama lagi.
• Kembara cinta Rasul ini bermatlamat untuk menyemarakkan lagi rasa kasih dan cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw melalui Suhbah dan Talaqqi dengan Ulama Habaib serta penghayatan dalam setiap Kembara di bumi Haramain nanti.
• *Ringkasan atucara program ;* Ziarah Nabi Saw, Ziarah Masjid Nabawi, Ziarah Kota Madinah dan sekitarnya, Ziarah Kota Makkah dan Sekitarnya, Umrah 7x, Ziarah Ulama-Ulama Madinah & makkah, Talaqqi Kitab bersama Habib, Maulid & tausiyah Bersama ulama-ulama Habaib di Tanah Haram.

*Sedikit info berkenaan*
Habib Ali Abu Bakar Bin Syeikh Abu Bakar Bin Salim
• Mudir di Ribath Al Yusra (Caw Darul Mustafa) Aidid, Tarim Hadramaut Yaman.
• Ahli Majlis Fatwa Darul Mustafa
• Tenaga Pengajar Di Darul Mustafa
• Mantan Timb Mudir Darul Mustafa
*Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi:*
*Azzuha Group Travels & Tours Sendirian Berhad.*
Pej : 03-89123367 atau Hp : 019-2283367
www.azzuhatravel.com

*!!! SILA DAFTAR SEGERA KERANA SEAT TERAMAT TERHAD!!!*
PENDAFTARAN:
1. Hubungi kami di talian 03-89123367 atau 019-2283367 atau melalui Facebook Rasmi kami atau hadir ke pejabat kami untuk memastikan masih ada kekosongan pada pakej yang dipilih. Nyatakan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double).
2. Jemaah dikehendaki mengisi borang pendaftaran umrah dan mengembalikan kepada kami secepat mungkin sama ada melalui email atau hadir ke pejabat kami. Bagi wanita berumur di bawah umur 45 tahun dan lelaki di bawah umur 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah. Borang pendafatran boleh didapati di www.azzuhatravel.com
3. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM1000 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket

Wednesday, August 31, 2016

Kurniaan Allah tanpa syarat dan kelayakan

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah minggu lepas.

Saya rasa buntu sangat. Saya tidak sabar. Saya mahukan jawapan. Saya letih menunggu.

Lalu, saya mengambil Fadilat Sedekah karangan Maulana Zakariyya al-Khandalawi.

Sebelum buka kitab tersebut, saya berdoa di dalam hati.

"Ya Allah, berikan aku petunjukMu. Berikan aku jawapanMu"

Lalu saya membuka kitab secara rawak.

"Dialah Tuhan yang menguasai Timur dan Barat, tiada tuhan melainkan Dia maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu (Al-Muzammil : 9)

Petir.

Saya menangis.

Benar. Allah yang akan selesaikan semuanya.

Bukan kita.

Ia tentang tauhid.

"Oleh sebab itulah, jika ada sesuatu yang kita boleh jadikan tempat memohon hajat maka ia hanyalah Zat Allah SWT. Jika ada tempat untuk kita memanjatkan rayuan dan pujukan kita maka ia adalah di balai penghadapan Allah. Hati seluruh makhluk mengikut hanya arahanNya. Khazanah seluruh dunia hanya berada dalam milikNya.

Ya Allah, semata-mata dengan kurniaanMu, kurniakanlah kepadaku yang hina ini, secebis percikan daripada sifat tawakal yang mulia itu tanpa sebarang kelayakan yang ada pada diriku bahkan keadaanku bertentangan dengan syarat kelayakan, kerana sememangnya untuk menerima kurniaanMu, keadaan layak pun tidak menjadi syarat.

Tanyalah Musa akan keadaan-keadaan kurniaan Allah. Pergi untuk mengambil api, namun kenabian yang diperolehi" (Fadilat Sedekah)

Allahu...

Saya menangis. Terduduk.

Bila diimbas kembali, terlalu banyak kurniaan Allah pada kami sekeluarga.

2010. Saya mahu berubah. Saya hanya mahu jadi baik. Tapi saya tidak tahu dari mana harus saya mulakan. 

Lalu Allah berikan umrah pada tahun 2011.

Juga 2012!

Saya hanya mahukan kelas pengajian berkitab. Yang konsisten. Saya nyatakan hasrat itu pada suami. Kita kena pergi kelas agama. Apa2 sahaja. Janji belajar agama. Belajar kitab.

Tapi Allah beri saya mursyid. Mursyid yang sentiasa di sisi apabila saya dalam permasalahan. Mursyid yang mengajar saya mengenal Allah. Mursyid yang mengajar saya amalan2 untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ia terarah. Tidak lagi seperti dulu. Mahu beramal tapi tidak tahu yang mana satu. Melalui muryid itu, terlalu banyak kelas pengajian agama yang perlu saya hadiri. Pengajian tauhid, pengajian feqah dan pengajian tasawuf. Belajar dari awal semula.

Saya mahu anak saya berakhlak mulia. Berakhlak seperti al-Quran sesuai dengan keadaan mereka yang sedang menghafal al-Quran.

Tapi Allah beri Tarim pada anak saya.

Yang insyaAllah suasana di Tarim itu akan mengajar anak saya tentang adab dan akhlak al-Quran. Dan akhlak al-Quran itu ialah akhlak nabi saw. 

Kurniaan apa lagi yang Allah tidak beri pada saya?

Sedangkan saya tidak layak langsung untuk menerimanya.

Saya tidak memenuhi syarat.

Saya tidak banyak amal yang melayakkan saya menerima semua ini.

Saya banyak dosa.

Sentiasa berdosa.

Sungguh, Allah attawwab. Allah Arrahim. Allah Arrahman.

"Ya Allah, bantu aku untuk sentiasa mengingatiMu, bantu aku untuk sentiasa mensyukuriMu, dan perelokkanlah amal ibadatku"

Kata mursyid saya, "Allah limpahkan jutaan kebaikan pada akak sekeluarga kerana baiknya Allah. Jadi, teruslah bersangka baik pada Allah walau secebis rasa"

Bersangka baik dengan semua ketetapan Allah. Dengan semua makhluk2 Allah.




Friday, August 26, 2016

Khabar Tarim

Bismillahirrahmanirrahim.

Biar gambar berbicara.

Minggu pertama di Madrasah. Dengar je suara Mama terus menangis!

Minggu kedua : Perjumpaan pelajar2 Malaysia. Dah pandai pakai kain pelikat!
 
Minggu ketiga: Ke kedai buku untuk luangkan waktu

Saya kira Naufal telah dapat membiasakan diri di sana.
Ahad ini, dua sahabatnya Izz dan Hafidz pula menyusul.
Saya mengirimkan sepucuk surat buat Naufal.
8 mukasurat!
Semoga surat itu selamat sampai ke tangannya.

OK. Kisah Hijjaz semalam.
Saya nampak dia tertekan.
Cuba menghafal surah Al-Balad tapi tidak berjaya mengingatinya.
Mukanya masam.
Stress!

"Meh sini. Mama tolong"
Diam.
"Mehla sini. Mama tunjuk macam mana nak hafal"

Lalu saya mengajarnya.
1. baca ayat pertama dengan melihat mushaf. Ulang sebanyak 10x
2. Tutup mushaf. Baca ayat pertama tanpa melihat mushaf. Ulang 10x
3. Baca ayat kedua pula dengan melihat mushaf. Ulang sebanyak 10x
4. Tutup mushaf. Baca ayat kedua tanpa melihat mushaf. Ulang 10x
5. Ulang ayat 1 dan 2 tanpa melihat mushaf. Ulang 10x
6. Baca ayat ketiga pula.
7. Ulang langkah 3, 4, dan 5 

Begitulah seterusnya.

Dengan saya2 hafal sekali surah al-Balad tu. 
Alhamdulillah.
Nyata Hijjaz selesa dengan kaedah itu.
Sepatutnya lebih banyak lagi ulangannya. Lebih dari 10kali.

Senarai surah dalam Juzuk Amma yang telah dihafal oleh Hijjaz.
1. Surah Al-Balad (Negeri)
2. Surah Asy-Syams (Matahari)
3. Surah Al-Lail (Malam)
4. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi)
5. Surah Al-Insyirah/An-Nasyrah (Melapangkan)
6. Surah At-Tin (Buah Tin / Buah Ara)
7. Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)
8. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
9. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata)
10. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan)
11. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang)
12. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar / Kiamat)
13. Surah At-Takathur (Bermegah-megah)
14. Surah Al-‘Asr (Masa)
15. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
16. Surah Al-Fiil (Gajah)
17. Surah Quraisy (Kaum Quraisy)
18. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna)
19. Surah Al-Kauthar (Sungai Di Syurga)
20. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir)
21. Surah An-Nasr (Pertolongan)
22. Surah Al-Masad / Al-Lahab (Nyalaan Api)
23. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas / Memurnikan Keesaan Allah)
24. Surah Al-Falaq (Waktu Subuh / Dinihari)
25. Surah An-Naas (Manusia)


Alhamdulillah.
Hijjaz ditebuk bacaannya sewaktu di Aceh tahun 2014


Sunday, August 21, 2016

Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ini merupakan minggu ketiga Naufal di Tarim.

Alhamdulillah, dia semakin OK.

Hanya di awal minggu, dia mengalami sedikit homesick.

Kesian. Dalam tempoh homesick itu, Allah mengajar erti tabah.

InsyaAllah, Allah pasti akan ganti semua pengorbanan ini.

Allah akan ganti kesedihan ini dengan kegembiraan nanti. InsyaAllah.

Bila diimbas semula, seawal usia 7 tahun Naufal telah berkorban.

Sewaktu usia itulah, saya melihat ketabahannya.

Di saat semua anak2 bergembira ke sekolah yang "betul2 sekolah", Naufal ke rumah kedai untuk belajar al-Quran.

Masih saya ingat lagi dia membaca surah Al-Fatihah di dalam kereta dan memberitahu bahagian2 mana yang sering kita semua melakukan kesilapan dalam bacaan al-Fatihah itu.

Saya tidak nampak dia menangis untuk ke "rumah kedai" itu.

Dia tabah.

Dia taat.

Tapi hati saya yang menangis kuat.

Apabila berpindah ke SRIAS yang bertukar nama ke B.E.S.T, barulah saya tahu rupanya Naufal ada menangis di "rumah kedai" itu.


Baca entry saya DI SINI.


Dan di usia 9 tahun, Naufal berpindah ke AQFA.

Di saat dia sangat seronok di B.E.S.T, dia perlu berpindah ke AQFA pula.

Taat!

Dan sedang hati itu seronok di AQFA, tiba2 bulan ini dia di Tarim!

Taat!

MasyaAllah Tabarakallah.

Semoga ketaatannya itu Allah balas dengan kebaikan demi kebaikan untuknya.

Semoga ketaatannya itu Allah akan islah dirinya dan tingkatkan maqamnya dalam memahami agama.


saat berpisah

Pulang ke Malaysia, saya ada 2 lagi amanah yang perlu dididik dan dijaga.

Kini giliran Hijjaz pula melalui apa yang telah Naufal lalui.

Baru2 ini, Hijjaz ditasmik ayah.

Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar, Hijjaz telah menghafaz berbelas-belas surah dalam juzuk 30.

Di dalam kereta, CD Muhammad dipasang untuk didengar dan untuk membantu hafalan Hijjaz.

Perkara sama yang saya lakukan sewaktu Naufal dulu.

Masih saya ingat, sewaktu Naufal berusia 7 tahun, dia telah menghafaz juzuk 30 dan surah al-Baqarah!

Tapi Hijjaz bukan Naufal.

Jadi, tidak boleh timbul soal perbandingan.

Ketaatan Hijjaz untuk menghafaz al-Quran sudah cukup buat saya.

Moga taat itu Allah akan berikan rahmat mencurah2 kepadanya.

Lambat atau cepat bukan isunya.

Kerana al-Quran ini sampai akhir hayat. Tiada tempoh tertentu.

Moga Allah redhai mereka.

Redhai usia muda mereka.

Meredhai saya dan hidup saya.

Amin.